Presiden AS, Joe Biden Janji Bantu Bina Semula Gaza

Presiden AS, Joe Biden Janji Bantu Bina Semula Gaza

0
SHARE
Sebuah bangunan di Bandar Gaza yang musnah dalam serangan udara oleh Israel...(Sumeber Foto: AFP)

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berjanji untuk membantu menggerakkan usaha bagi membina semula Gaza dan mengatakan mewujudkan negara Palestin berhampiran Israel adalah satu-satunya jawapan kepada konflik itu.

Memetik laporan AFP, Biden juga mengatakan bahawa sudah memberitahu kepada Israel supaya menghentikan pertempuran antara etnik di titik kota pertikaian di Tebing Barat.

Namun, ia menekankan tidak ada perubahan dalam komitmennya terhadap keamanan Israel dan menambah sehinggalah wilayah itu secara tegas mengakui keberadaan Israel.

Joe Biden…

Presiden AS itu sebelum ini dikritik anggota parti Demokratik sendiri kerana kurang agresif menggesa Israel menyetujui gencatan senjata, dengan alasan pentadbirannya memilih untuk melakukannya menerusi ‘diplomasi senyap secara berterusan’.

Beliau juga mengumumkan bantuan kemanusiaan dan menegaskan ia akan disalurkan menerusi pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat dan bukannya menerusi Hamas, sekali gus menghalang pertubuhan itu menambah aset ketenteraan.

Pada masa sama, Biden masih menyokong hak Israel mempertahankan diri dan memberi jaminan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk membekalkan keperluan sistem pertahanan anti peluru berpandu Iron Dome yang memintas sebahagian besar serangan Hamas, walaupun dibantah sesetengah anggota Kongres Demokrat.