Jelajah Iftar Pupuk Semangat Perpaduan Di Kalangan Rakyat – Rudy

Jelajah Iftar Pupuk Semangat Perpaduan Di Kalangan Rakyat – Rudy

0
SHARE
Datuk Rudy Awah, pada Program Jelajah Iftar di Pitas.

PITAS: Penganjuran Jelajah Iftar oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) ke seluruh kawasan di negeri Sabah berjaya memupuk semangat perpaduan dan kesefahaman semua rakyat di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Ruddy Awah berkata, jelajah tersebut sudah diteliti dan mendapat nasihat serta direstui oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor. 

“Kita berterima kasih kepada UPPM Negeri Sabah dan Kim Teck Cheong kerana sudi menyumbang Program Iftar di Pitas dan memberi sumbangan kepada keluarga Orang Kurang Upaya (OKU) dan Ibu Tunggal.

“Tidak semestinya menjadi wakil rakyat baru boleh menjalankan majlis seperti ini, tetapi juga rakyat biasa seperti Datuk Dexter Lau, juga berjaya bekerjasama dengan UPPM Sabah. Kerana tidak ada syarikat lain yang boleh melakukan sedemikian sehinggalah ke hari ini,” katanya pada Program Jelajar Iftar di dewan majlis daerah Pitas, semalam.

Jelajar Iftar di Pitas merupakan hasil kerjasama Pempimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bangi, Bengkoka, Pitas dan Tanjong Kapor.

Turut hadir dalam jelajah tersebut ialah, Pengarah UPPM Sabah, Datuk Awang Kadin Tang; Pengarah Urusan Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Datuk Dexter Lau; Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Oil and Gas Development Corporation Sdn Bhd, Datuk Harun Ismail; Pegawai Daerah Pitas, Nahalan Mehdunah serta wakil-wakil UPPM kawasan.