Seorang Wanita Sanggup Menyamar Sebagai Lelaki Untuk Besarkan Anak

Seorang Wanita Sanggup Menyamar Sebagai Lelaki Untuk Besarkan Anak

0
SHARE

INDIA Seorang wanita di India sanggup menyamar sebagai lelaki selama 36 tahun bagi membolehkan dirinya untuk membesarkan anak perempuannya dengan selamat dalam masyarakat yang didominasi lelaki.

Menurut agensi berita yang berpangkalan di India, Petchiammal, yang berasal dari Kattunayakanpatti, Tamil Nadu bercerai dengan suaminya selepas hanya 15 hari perkahwinannya.

Arynews turut melaporkan baawa wanita yang baru berusia 20 tahun ketika itu mendapati dirinya hamil dan kemudian melahirkan bayi perempuan bernama Shanmugasundari.

Wanita itu mendapati sukar membesarkan anak perempuannya sebagai ibu tunggal.

Dia juga enggan berkahwin lagi dan bekerja di kedai serta tapak pembinaan untuk menampung kehidupan mereka dua beranak.

Petchiammal kemudiannya memutuskan menyamar sebagai lelaki selepas dia bosan diganggu.

Dia juga menukar namanya kepada Muthu dan memakai baju dan seluar untuk merahsiakan identitinya.

Menurut wanita itu hanya saudara-mara rapatnya di kampung asalnya dan anak perempuannya tahu berkaitan penyamaran tersebut.

Biarpun anaknya kini sudah bekerja dan mempunyai pendapatannya sendiri, namun Petchiammal memberitahu dia tetap meneruskan hidupnya sebagai Muthu untuk selamanya.