SESB Kuatkuasa Catuan Bekalan

SESB Kuatkuasa Catuan Bekalan

0
SHARE
Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir Idris Mohd Noor...

KOTA KINABALU, SABAH – Catuan bekalan kepada beberapa kawasan di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dilaksanakan oleh Sabah Electrcity Sdn Bhd (SESB) pada Rabu berikutan berlaku kerosakan luar jangka di salah satu Stesen Janakuasa Bebas (IPP).

Catuan itu dilaksanakan bagi memastikan kestabilan Sistem Grid Sabah, kata Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir Idris Mohd Noor.

“Kejadian kerosakan luar jangka pada salah satu set janakuasa berkeupayaan 95MW salah satu IPP telah memaksa SESB membuat catuan bekalan elektrik,” katanya dalam satu kenyataan media.

Kejadian ini juga mengakibatkan kapasiti penjanaan sedia ada iaitu sebanyak 911MW tidak dapat menampung permintaan bekalan elektrik yang semakin meningkat terutama pada waktu beban puncak (peak demand).

Walau bagaimanapun, bekalan elektrik telah dapat dipulihkan secara berperingkat bermula pada pukul 12.28 tengahari pada hari yang sama…

Para pengguna adalah dinasihatkan untuk menghubungi Careline SESB di15454 dan 088-515 000 ataupun WhatsApp kepada 019- 852 5427 jika berlaku sebarang gangguan bekalan elektrik.