KOTA KINABALU, SABAH – Sejak malam tadi, orang ramai mula menularkan foto bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal meninggalkan Sabah dengan menggunakan Jet Peribadi.
Orang ramai turut mempersoalkan kenapa Shafie Apdal meninggalkan negeri Sabah selepas ramai rakyat telah dijangkiti wabak virus COVID-19.
Mereka (rakyat Sabah) juga turut meminta agar Shafie sepatutnya tampil membantu pesakit dan keluarga yang sedang dikuarantin akibat jangkitan virus tersebut.
Sudah tentu kalau pesakit mempunyai isteri dan anak, mata pencarian akan terhenti. Sedangkan punca COVID-19 di Sabah merebak disebabkan oleh Shafie dengan restu TYT yang telah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri Sabah.
Sebelum ini, 33 orang wakil rakyat telah memfailkan saman di Mahkamah ke atas Shafie Apdal dan TYT (Yang Di Pertua Negeri Sabah) untuk menghalang pilihan raya diadakan dengan alasan virus COVID-19 akan merebak tetapi Mahkamah telah menolak permohonan tersebut.
Datuk Mohamad Din Ketapi dalam satu temu bual sebelum ini juga turut menyatakan bahawa kes peningkatan COVID-19 di Sabah adalah satu konspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah semasa pilihan raya.
VIDEO Mohamad Din Ketapi FITNAH jumlah peningkatan COVID-19 adalah konspirasi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini…
Mohamad Din turut berkata selepas selesai sahaja pilihan raya, kes COVID-19 akan menurun sebaliknya apa yang berlaku kes ketika ini semakin meningkat.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah menghantar hampir 400 orang pasukan barisan hadapan (frontliner) Doktor dan Jururawat ke Sabah bagi membantu menangani kes jangkitan yang semakin meningkat naik.
Jumlah pesakit COVID-19 setakat 30 Sept 2020 di Sabah adalah 1877 orang. Ini tidak termasuk pesakit yang telah ke Semenanjung Malaysia yang mana kemudiannya telah menjangkiti pula orang lain.
Dalam pada itu, Syihab Al-Hadi seorang penganalisis bebas politik pula berkata secara moralnya Shafie sebelum ini sebenarnya telah kehilangan majoriti di dalam DUN Sabah apabila belasan ADUN Warisan, PKR dan DAP telah mengisytiharkan keluar Parti itu.
“Sepatutnya kalau Shafie benar-benar prihatin dan memikirkan keadaan keselamatan rakyat Sabah akibat COVID-19, apa yang dia boleh lakukan adalah meletak jawatan secara terhormat dan bukannya membubarkan DUN…
“Peningkatan mendadak kes COVID-19 ketika ini jelas disebabkan adanya kempen pilihan raya.
“Malahan jangkitan COVID-19 di Sabah ketika ini turut telah merebak ke seluruh Semenanjung Malaysia.
“Kalau Shafie tidak bubarkan DUN rakyat Sabah akan mengingati jasa Shafie sehingga ke akhir hayat mereka, sebaliknya apa yang berlaku ketika ini rakyat amat marah dengan Shafie dan apabila terdengar pula berita yang menyatakan beliau telah meninggalkan Sabah rakyat ketika ini jelas semakin marah.”
Nota: Pihak wartawan sedang cuba mengesahkan sama ada berita yang ditularkan ini benar atau sebaliknya. Sehingga kini pihak Sabahnews.com.my masih gagal menghubungi pihak Datuk Seri Shafie Apdal bagi mengesahkannya…