BUNG RAKAM UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA JENTERA PARTI

BUNG RAKAM UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA JENTERA PARTI

0
SHARE
Datuk Seri Bung Moktar Radin...

KOTA KINABALU, SABAH – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam satu kenyataan hari ini merakamkan jutaan terima kasih atas bantuan dan kerja kuat semua jentera seluruh Malaysia yang membantu BN/UMNO Sabah sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ke-16 Sabah baru-baru ini.

Ketua UMNO itu turut meluahkan rasa kurang gembira dengan kemenangan yang BN menangi, tetapi beliau tetap redha dan menerima ketentuan Allah dengan hanya kemenangan pada 14 kerusi yang di sebabkan beberapa faktor.

Menurut Bung, berkenaan jawatan Ketua Menteri, UMNO Sabah telah menghantar cadangan Ketua Menteri kepada TYT Sabah dan ia berpihak kepada Perikatan Nasional (PN).

“Memandangkan BN hanya menang 14 kerusi, manakala PN menang 23 Kerusi, pihak kita terpaksa menghormati demokrasi Parti yang menang banyak kerusi yang perlu Menjadi Ketua Menteri…

“Saya juga ingin memaklumkan semua ADUN BN meminta pada Saya untuk menjadi Kerajaan dan mereka tidak sanggup jadi Pembangkang. Saya Selaku Ketua UMNO Sabah terpaksa menghormati permintaan mereka,” tambah Bung.

Pada masa yang sama, Bung mengambil Saya kesempatan untuk mengucapkan terima Kasih Kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah bertungkus lumus dari awal kempen dan sentiasa berkomunikasi dengannya dan semua Naib Presiden serta SUA-SUA yang sentiasa menyokong beliau untuk menjadi Ketua Menteri Sabah yang mana keputusan terakhir adalah terpaksa menerima Keputusan ini atas permintaan UMNO Sabah.

“Saya harap rakan semua tidak menyalahkan Presiden atau mana-mana pihak di atas perkara yang berlaku. Saya mengambil tanggung jawab atas apa yang berlaku di Sabah…

“UMNO Sabah tidak akan ke mana tanpa bantuan Presiden dan rakan-rakan yang lain dan marilah kita bersama-sama fokus PRU-15 yang sudah hampir,” jelas Bung.