Shahelmey Tidak Terancam Dengan Petisyen Awang Husaini

Shahelmey Tidak Terancam Dengan Petisyen Awang Husaini

0
SHARE

PUTATAN, SABAH – Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir. Shahelmy Yahya tidak terancam dengan petisyen yang dibangkitkan oleh pendahulunya, Awang Husaini dari Pakatan Harapan (PH) untuk pemilihan semula memandangkan kemenangan tipis yang dicapai dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) baru-baru ini.

Shahelmy, seorang ahli UMNO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat berkata beliau menjangkakan usaha sedemikian dilakukan sebelum menerima surat petisyen itu dari Awang Husaini pada minggu lalu.

“Saya selesa menerima hakikat bahawa apabila terdapat majoriti yang tipis, pasti ada petisyen pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa sesi program ‘walkabout’ dan mengagihkan buah limau kepada orang ramai sempena Tahun Baru Cina, di sini, semalam.

Di samping itu, beliau turut menambah telah mengarahkan para peguamnya untuk membuat tindakan susulan.

Awang Husaini hanya kurang 124 undi berbanding jumlah 16,234 Shahelmey dalam mengekalkan kerusi Putatan.

Ahad lepas, Awang Husaini dilaporkan telah mengesahkan bahawa telah memfailkan petisyen itu melalui peguamnya, Nelson Anggang di Mahkamah Tinggi pada 27 Disember 2022.