Polis Ambil Tindakan Terhadap Portal ‘Sabahkini’, Tuduh Enam ADUN WARISAN Sokong KM...

Polis Ambil Tindakan Terhadap Portal ‘Sabahkini’, Tuduh Enam ADUN WARISAN Sokong KM Hajiji 

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Polis perlu mengambil tegas terhadap pemilik Portal Online ‘Sabahkini’ selepas menyiarkan artikel beransur fitnah mendakwa enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Warisan (WARISAN) menandatangani dokumen Surat Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

ADUN Darau, Azhar Matussin berkata, kejadian ini bukan kali pertama berlaku namun portal Sabahkini masih beroperasi sekali gus menyiarkan artikel berunsur fitnah.

Katanya, beliau bersama enam ADUN menafikan terlibat menafikan menandatangani SD sekali gus meninggalkan WARISAN dalam tempoh terdekat.

“Saya bersama enam ADUN tersebut termasuk, Chong Chen Bin (Tanjung Kapur); Assaffal Alian (Tungku); Norazlinah Arif (Kunak); Dr Daud Yusof (Bongawan), Mohamad Mohammarin (Banggi).

“Kami tidak pernah menurunkan tandatangan SD atau terlibat menyokong Hajiji Noor seperti dalam laporan portal ‘SabahKini’,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Azhar yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) WARISAN berkata, pihak polis bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) patut mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan perkhidmatan portal online ‘Sabahkini’.

“Laporan portal ini sangat tidak bertanggungjawab dengan sengaja menabur fitnah bagi memastikan rakyat percaya enam ADUN Warisan menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya.

Azhar berkata, beliau mewakili semua ADUN Warisan berada di belakang Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Afdal sekali gus kekal pendirian menghormati mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) lalu.