Pelajar IPTA, IPTS Dijemput Sertai Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 2022

Pelajar IPTA, IPTS Dijemput Sertai Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 2022

0
SHARE
Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Sabah, Supian Musa...

KOTA KINABALU, SABAH – Para pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) dijemput untuk menyertai Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 2022.

Menurut Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Sabah, Supian Musa, objektif pertandingan itu diadakan adalah untuk melahirkan rasa bangga dan cinta akan negara di kalangan penuntut universiti dan masyarakat.

“Konsep pertandingan ini adalah mengisahkan atau menceritakan berkenaan tokoh sejarah, tokoh politik, ahli sukan dan sebagainya yang berkaitan…

“Setakat ini, penyertaan masih dibuka sehingga 10 Ogos dan peserta diminta untuk menghantar video kepada pihak penganjur untuk tujuan penilaian di peringkat negeri.

“Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, bolehlah menghubungi Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat JaPen atau layari laman web www.merdeka360.com.my,” katanya.

Pemenang bagi pertandingan Pengisahan Kenegaraan peringkat negeri akan bertanding secara bersemuka di peringkat kebangsaan yang dijangka akan berlangsung pada bulan September 2022 untuk merebut hadiah wang tunai bernilai RM6,000 serta Piala Pusingan Setia Budi.

Supian juga mendedahkan selain daripada pertandingan Pengisahan Kenegaraan, JaPen Sabah turut mengadakan pelbagai aktiviti lain sepanjang bulan kemerdekaan.

“JaPen turut menganjurkan program merdeka@ community yang akan diadakan di setiap daerah dengan kerjasama Pejabat Daerah melibatkan Komuniti Keluarga Malaysia…

“Disamping itu, Kembara Merdeka Keluarga Malaysia yang dilancarkan pada 31 Julai yang lalu turut akan diisi dengan pelbagai aktiviti di semua lokasi jelajah untuk menyemarakkan lagi rasa cinta dan sayang akan negara,” tambah beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Promosi dan Publisiti Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2022.

Beliau berharap agar sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini akan dapat diraikan dengan meriah oleh segenap lapisan masyarakat selepas dua tahun tidak diadakan disebabkan pandemik Covid-19.