KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan baharu meningkat kepada 272 KES iaitu pertambahan 31 kes berbanding jumlah semalam.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kecuali tiga daerah, iaitu Tongod, Telupid dan Pitas, kesemua 24 daerah yang lain merekodkan jangkitan baharu.
“Malah sembilan daripada daerah tersebut merekodkan jangkitan dua angka…
“Antaranya ialah Kota Kinabalu 92 kes (-14), Tuaran 27 kes (+2), Sandakan 19 kes (+3), Papar 17 kes (-2), Tawau 17 kes (+10) dan Lahad Datu 14 kes (+5).
“Daerah Tambunan yang tidak merekodkan sebarang jangkitan kelmarin melaporkan 7 jangkitan baharu.
“Enam daerah lain juga terkeluar daripada ‘daerah kes sifar’ dengan melaporkan jangkitan baharu.
“Secara keseluruhan sebanyak 18 daerah merekodkan peningkatan kes baharu berbanding hanya empat daerah yang merekodkan penurunan,” katanya dalam rumusan harian kes.
Beliau berkata jumlah sampel ujian hari ini ialah 3,278 dengan kadar positiviti 12.05 peratus berbanding 1,997 semalam dengan kadar positiviti 12.22 peratus.
Terdapat tiga kes dalam Kategori 3 serta masing-masing satu kes dalam Kategori 4 dan Kategori 5 hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kelmarin.
Kota Kinabalu 92 (106)
Tuaran 27 (25)
Sandakan 19 (16)
Papar 17 (19)
Tawau 17 (7)
Lahad Datu 14 (9)
Penampang 14 (14)
Putatan 14 (11)
Beaufort 11 (6)
Kota Marudu 7 (2)
Tambunan 7 (0)
Sipitang 6 (5)
Kota Belud 4 (0)
Ranau 4 (3)
Beluran 3 (0)
Kudat 3 (11)
Kunak 3 (2)
Tenom 3 (0)
Keningau 2 (1)
Kalabakan 1 (0)
Kinabatangan 1 (0)
Kuala Penyu 1 (3)
Nabawan 1 (1)
Semporna 1 (0)
Pitas 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)