KUALA LUMPUR – Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini dalam kemaskini terbaharu ranking bola sepak dunia menunjukkan Skuad Harimau Malaya jatuh satu anak tangga dengan berada di kedudukan ke-155 dunia, berbanding 154 pada 16 September lalu.
Menurut sumber, penurunan ini disebabkan oleh kekalahan skuad Harimau Malaya dalam dua perlawanan antarabangsa menentang Jordan dan Uzbekistan baru-baru ini.
Kemaskini itu juga menunjukkan Belgium dan Brazil kekal di kedudukan teratas dan kedua dalam ranking dunia, manakala Perancis dan Itali berjaya naik ke tangga ketiga dan keempat.

Bagi ranking dalam kalangan negara Asia, skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe berada di kedudukan ke-30 dengan Iran, Jepun dan Australia mengungguli kelompok tiga teratas.
Sementara itu, untuk kedudukan negara di rantau Asia Tenggara, skuad Harimau Malaya berada di belakang Vietnam (98), Thailand (117), Filipina (127) dan Myanmar (145).





