Sumbangan Alat Penangkap Ular Dan Peralatan Keselamatan Untuk Kampung Tanjung Aru Baru

Sumbangan Alat Penangkap Ular Dan Peralatan Keselamatan Untuk Kampung Tanjung Aru Baru

0
SHARE

KOTA KINABALU: Pasukan Parti Gagasan Rakyat Sabah Tanjung Aru yang diketuai Dr. Ritchie Jay Cheng semalam menyerahkan alat penangkap ular serta peralatan keselamatan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Aru Baru.

Langkah itu diambil selepas beberapa kejadian kemunculan ular sawa di sekitar kampung, termasuk insiden bulan lalu apabila seekor ular sawa sepanjang lebih tiga meter melintas jalan raya di simpang tiga Kampung Tanjung Aru Baru sebelum berjaya ditangkap menggunakan alat penangkap ular.

Dalam kunjungan itu, Dr. Ritchie bersama pasukan PGRS turut meluangkan masa berbincang dengan pasukan rondaan keselamatan kampung mengenai usaha meningkatkan kesiapsiagaan komuniti.

“Bagi memperkukuh kawalan keselamatan, JKKK kini melaksanakan sekatan berkala di laluan utama bagi mengawal keluar masuk kenderaan luar tanpa tujuan jelas, selain memastikan rondaan keselamatan dijalankan secara berterusan.

“Penduduk juga digesa menyalurkan sebarang maklumat berkaitan isu keselamatan agar tindakan segera dapat diambil,” katanya.

BeliaI berharap inisiatif itu mampu menjamin keselamatan serta kesejahteraan masyarakat setempat secara berterusan.