MATUNGGONG, SABAH – Lenggok tari dan keunikan busana dalam tarian Sumundai Mongigol mewarnai sambutan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) di Daerah Kecil Matunggong.
Kumpulan anak-anak muda yang berusia di antara lapan hingga 18 tahun itu dipimpin oleh Planney Mongiling.
Mereka mengenakan busana Badu untuk lelaki dan Sukolob bagi perempuan hasil rekaan oleh Jiran Muda Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Lompozou.
Kumpulan ini juga kerap diundang dalam membuat persembahan di beberapa majlis rasmi sekitar daerah Kudat. — JABATAN PENERANGAN SABAH