Gimik Singa Serah Jalur Gemilang, Bendera Sabah Curi Perhatian

Gimik Singa Serah Jalur Gemilang, Bendera Sabah Curi Perhatian

0
SHARE
Singa
Tarian singa menyambut ketibaan konvoi KMJG 2024 ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KUDAT, SABAH – Gimik penyerahan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah menerusi tarian singa kepada Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah 2024 mencuri perhatian umum.

Jalur Gemilang dan Bendera Sabah itu diserahkan kepada Ahli Parlimen, Kudat Datuk Verdon Bahanda dan Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor yang juga ketua konvoi untuk dikibarkan dalam Program Sambutan Konvoi KMJG Negeri Sabah 2024.

Dipersembahkan oleh 14 pelajar serta ahli Kelab Tarian Singa Sekolah Menengah Pei Tsin, para pelajar berusia 15 hingga 18 tahun di bawah kelolaan guru pembimbing, Steven Chin.

Konvoi KMJG yang masuk hari ke-18 tiba di Kudat setelah menghabiskan lebih 1,800 km perjalanan dengan Astaka Mini Kompleks Sukan Kudat menjadi tempat persinggahan yang ke-51. — JABATAN PENERANGAN SABAH