SELANGOR: Lelaki penjawat awam yang ditahan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, di sahkan merupakananggota polis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia 26 tahun itu dipercayai merupakan teman lelaki mangsa dan anggota polis yang bertugas di Perak.
“Siasatan awal mendapati tempat penemuan mayat adalah lokasi kejadian utama,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Bagaimanapun, terdapat beberapa rakan mangsa menafikan perkara tersebut dia media sosial dan meminta agar tidak mempercayai laporan yang mengatakan bahawa mangsa adalah kekasih suspek.
Terdahulu, media melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemui petang semalam, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Mayat mangsa ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, tidak jauh dari Felda Gedangsa di Hulu Selangor, pada 6 petang, sebelum polis menahan seorang penjawat awam lelaki berusia 26 tahun.
Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.






