McDonald’s Di Russia Dedah Logo Baru

McDonald’s Di Russia Dedah Logo Baru

0
SHARE
Logo baru Mcdonald's di Russia...(Sumber Foto: FastCompany)

MOSCOW, RUSSIA – Rangkaian restoran makanan segera Russia yang dahulunya dikenali sebagai McDonald’s mendedahkan logo barunya ketika ia bersedia untuk membuka semula restorannya esok.

Penjenamaan baru itu menampilkan logo berbentuk bulatan dengan dua baris, yang dikatakan melambangkan burger dan dua kentang goreng.

Memetik laporan BH, agensi berita milik Russia iaitu TASS melaporkan ia diuruskan oleh Sistema PBO, firma sama yang menguruskan perniagaan yang sebelum ini dimiliki oleh McDonald’s.

“Latar belakang hijau melambangkan kualiti produk dan perkhidmatan yang biasa digunakan oleh pelanggan kami,” kata jurucakap Sistema PBO kepada TASS.

Nama rasminya belum didedahkan, namun beberapa pilihan sedang dipertimbangkan. Nama-nama yang sedang dipertimbangkan antaranya termasuk ‘Tot Samyi’, yang bermaksud ‘yang sama’ dan ‘Svobodnaya Kassa’ yang bermaksud ‘daftar tunai yang tersedia’.

Mei lalu, McDonald’s mengumumkan keputusan untuk menghentikan operasi di Russia susulan perang di Ukraine.