Syabas, Tahniah Untuk Program Amal Berbuka Puasa Anjuran KTC Bersama UPPM –...

Syabas, Tahniah Untuk Program Amal Berbuka Puasa Anjuran KTC Bersama UPPM – Isnin

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Syarikat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad terus melaksanakan Program Jelajah Majlis Berbuka Puasa Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) ke seluruh parlimen di negeri Sabah sebagai pengisian utama dalam perancangan di masa depan.

Pengarah Urusannya Datuk Dexter Lau sebelum ini berkata, ini merupakan pendekatan syarikat mereka untuk meningkatkan peranan dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka sekali gus bersedia menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta di seluruh negeri ini.

Majlis yang telah dilaksanakan pada Jumaat adalah lokasi yang ke 11 daripada 20 lokasi yang di rancang di mana seramai 1200 hadir dalam majlis ini dengan memberi sumbangan sebanyak 110 individu yang memerlukan seperti golongan asnaf, OKU , warga tua dan orang buta.

Destinasi yang seterusnya ialah Ranau, Tuaran, Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Sipitang, Keningau, Tenom, Pensiangan dan di akhiri dengan Beaufort pada 7 April 2024.

Dalam program itu, wakil Ketua Menteri iaitu Datuk Isnin Bin Haji Aliasih@Jasnih berkata sejak mengambil alih pemerintahan pada 2020, kerajaan negeri komited akan terus memberikan komitmen yang tinggi tanpa diskriminasi kepada mana-mana kaum dan agama.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada UPPM Sabah dan Syarikat Kim Teck Cheong atas kerjasama ini…

“Saya dimaklumkan beberapa pihak swasta seperti KTC, Sabah Softwood Berhad, Jetama Water Sdn Bhd, Benta Wawasan Sdn Bhd, Asian Supply Base Sdn Bhd, Sabah Energy Corporation dan Qhazanah Sanah Berhad turut meberikan sumbangan kepada yang memerlukan untuk sambutan Aidilfitri nanti,” kata beliau.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lai serta semua pihak yang memberikan sumbangan.

“Semoga bulan suci ini dapat diraikan dengan penuh semangat muhibbah dan harmoni. Usaha seperti ini merupakan tanggungjawab sosial dan menggalakkan sektor swasta dan badan kerajaan membantu di tahun hadapan,” tambahnya.

Turut hadir dalam program itu ialah Pengarah UPPM, Datuk Awang Kadin Tang.