Tarikh Melihat Anak Bulan Zulhijjah 7 Jun

Tarikh Melihat Anak Bulan Zulhijjah 7 Jun

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Zulhijjah bagi menetapkan tarikh Aidiladha ditetapkan pada petang Jumaat, 7 Jun ini.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan memaklumkan, jawatankuasa yang berkenaan sudah diperkenankan melihat anak bulan Zulhijjah pada petang hari berkenaan di Pontian Kecil, Johor Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka, Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Selain itu turut dijalankan di Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor, Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak Darul Ridzuan dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

“Kampung Pulau Sayak , Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Menara Alor Setar, Alor Setar, Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut, Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu, Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC dan Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan.

“Pusat Falak Miri, Teluk Bandung, Kuching, Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak, Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah, Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Menara Kuantan 188, Pahang, Tingkat 13 dan Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.

“Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis, Perlis,” katanya.

Katanya, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidiladha adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh 1 Zulhijjah dan tarikh 10 Zulhijjah (Aidiladha) yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.