KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melanjutkan tempoh masa pengundian selama satu jam supaya orang ramai mempunyai masa mencukupi untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).
Menurut Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pemanjangan tempoh masa berkenaan, berbanding 8 pagi hingga 5 petang, pada PRU-14, dapat memberi masa yang mencukupi kepada pemilih mengundi.
“Bagi Semenanjung, waktu mengundi ditetapkan ialah bermula jam 8 pagi hingga 6 petang, manakala jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang bagi Sabah dan Sarawak,” katanya menerusi jawapan bertulis.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Mukhriz Mahathir (Pejuang-Jerlun) yang bertanya mengenai penambahbaikan yang akan dilaksanakan SPR bagi memastikan peratusan keluar mengundi yang tinggi, selain jaminan ketelusan proses mengundi, pada PRU-15
Katanya, penambahbaikan bagi memastikan perjalanan pilihan raya di negara ini lebih efisien, adil dan telus.
Beliau menjelaskan penambahbaikan lain termasuk mewujudkan saluran khusus kepada pengundi 60 tahun ke atas dan orang kurang upaya (OKU).