TEMPOH PENGGAL PENTADBIRAN KERAJAAN GRS-PH PLUS HINGGA SEPTEMBER 2025: KM HAJIJI

TEMPOH PENGGAL PENTADBIRAN KERAJAAN GRS-PH PLUS HINGGA SEPTEMBER 2025: KM HAJIJI

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama jemaah kabinet negeri, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk SKadzim M.Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Muhyuddin bergambar bersama anggota perkhidmatan awam negeri dan persekutuan pada Majlis Amanat dan Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Tahun 2024 di Sabah International Convention Centre (SICC) - ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri dibawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH), GRS-PH Plus mempunyai tempoh sehingga bulan September 2025 untuk menghabiskan penggal pentadbirannya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) boleh diadakan sehingga tamat tempoh penggal atau boleh diadakan pada bila-bila masa.

“Itu pun bergantung kepada Ketua Menteri, kalau-kalau diberi petunjuk atau ilham, untuk mengadakan PRN lebih awal daripada tempoh yang sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Amanat dan Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan
Persekutuan Tahun 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hajiji sama ada PRN cepat atau lambat dilaksanakan, sokongan penuh penjawat awam sama ada negeri atau Persekutuan kepada kerajan hari ini merupakan perkara paling mustahak.

Beliau berterima kasih kepada semua penjawat awam atas kerjasama dan sokongan terhadap dasar kerajaan negeri dibawah pimpinannya selama tiga tahun ini.

“Perkhidmatan awam adalah sebahagian daripada jentera kerajaan, di sinilah letaknya
nadi atau jentera yang menggerakkan sistem penyampaian kerajaan.

“Cepat atau lambat, efektif atau kurang efektif, efisien atau pun tidak sistem penyampaian kerajaan, semuanya terletak di atas bahu penjawat awam.

“Bukan kecil peranan dan tanggungjawab para penjawat awam, dari yang serendah-
rendah jawatan hinggalah ke peringkat pengurusan, semuanya mempunyai
tanggungjawab dan peranan yang telah ditetapkan,” tegasnya.

Hajiji berkata, kerajaan berusaha melakukan pelbagai penambahbaikan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dengan penekanan kepada aspek pengukuhan nilai Integriti dengan mewujudkan Polisi Integriti dan Antirasuah Perkhidmatan Awam Negeri.

Katanya, perkara terbabit sangat wajar diberi perhatian serius susulan daripada beberapa kes kejadian masa lalu, isu integriti, ketirisan dan salah guna kuasa kerap berlaku yang kadang kala turut melibatkan penjawat awam.

“Ini sudah tentu menjejaskan imej perkhidmatan awam yang sepatutnya mengamalkan budaya kerja yang bersih, cekap dan amanah.

“Justeru budaya kerja yang tidak
berintegriti dan mengamalkan salahguna kuasa, akan menghancurkan sistem
penyampaian kerajaan, merugikan negeri dan negara, juga memusnahkan masa
depan penjawat awam itu sendiri,” tegasnya.