Tempoh PKP Di Tujuh Negeri Dilanjutkan Hingga 4 Februari 2021

Tempoh PKP Di Tujuh Negeri Dilanjutkan Hingga 4 Februari 2021

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap TUJUH (7) negeri yang sepatutnya tamat pada 26 Januari ini, dilanjutkan hingga 4 Februari depan, demikian menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar mengenai perkembangan PKP di Malaysia petang hari ini (Khamis).

Tujuh negeri terbabit ialah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor, Kelantan dan Sabah.

Datuk Seri Ismail Sabri…

Beliau berkata keputusan itu adalah mengikut perkembangan semasa dan trend peningkatan kes COVID-19 di negeri terbabit.

Susulan pelanjutan tempoh berkenaan, tarikh tamat kesemua negeri di Malaysia yang dikenakan PKP kini adalah sama.