PETALING JAYA – “SUNGGUH MULIA HATI EZANEE”, demikian luahan hati netizen selepas diminta mengulas tindakan Ketua Polis Petaling Jaya (PJ) tampil membantu wanita ditahan selepas mencuri makanan dan ubat di seb untuk keperluan anak anaknya yang mana tindakan tersebut turut mengundang rasa sebak dikalangan rakyat Malaysia.
Tindakan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal tampil melunaskan bayaran barangan berupa makanan dan ubatan selepas dicuri oleh seorang ibu di sebuah pasaraya untuk anak-anaknya yang sakit telah menyentuh hati sehingga menyebabkan wujud rasa sebak dikalangan rakyat Malaysia.

Dalam kejadian 20 Jan (kelmarin) sebaik menerima laporan polis yang dibuat oleh pengawal keselamatan pasar raya berkenaan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal tampil membantu melangsaikan bayaran di kaunter pasar raya tempat barangan tersebut diambil.

Menurut sumber maklumat, selepas bayaran dibuat oleh Nik Ezanee pasar raya tersebut telah menarik balik laporan Polis sekaligus pihak Polis tidak meneruskan tindakan (NFA) atas jenayah dilakukan wanita berusia 30-an itu.
Dalam pada masa yang sama, Nik Ezanee sempat berpesan kepada wanita tersebut sekiranya mengalami sebarang kesusahan di masa akan datang supaya untuk terus cekal dalam menghadapi cabaran meneruskan kehidupan sepanjang tempoh penularan wabak COVID-19 ini sambil menyumbangkan barangan makanan dan barangan harian kepada wanita itu.
Dalam satu video yang disiarkan secara langsung (live) melalui laman sosial Facebook rasmi Polis Daerah Petaling Jaya hari ini, sekumpulan Pegawai Polis dari IPD Petaling Jaya yang diketuai sendiri oleh Nik Ezanee sekali lagi tampil menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan makanan kepada suri rumah terbabit.

Kejadian tersebut yang mula tular di media sosial Facebook turut mengundang rasa sebak dikalangan netizen sambil memuji sikap terpuji yang ditonjolkan oleh Nik Ezanee.
Abd Murad: Alhamdullilah Tuan. Akan jadi contoh pada anggota lain. Salah tetap salah tapi kita jangan menghukum terus. Ada sebab mengapa dia buat begitu. Insyallah semoga jasa anggota di bawah pimpinan Tuan diberkati Allah. Amin
Johanna: Terbaik tuan..hari tu dah bagi handphone dkt adik yg jual burger yang hanphone dia kena curi…sekarang sedekah lagi barang keperluan dekat makcik..KPN patut naikkan pangkat Tuan Ezanee ni.. tidak ramai OCPD yg sanggup turun padang buat kerja macam beliau.. bagi la pangkat supaya ramai OCPD yg lain akan contohi beliau.
Nakata: tak semua kesalahan perlu dihukum..kadang perlu dibantu sebab terdesak macam kes ni…respek tuan ezanee…bangga jadi orang petaling jaya dpt KP mcm tuan.
Al Adnani: Alhamdulillah tahniah pada tuan Ezanee dan TEAM sekurang kurangnya celik mata-mata masyarakat yang selalu memandang serong pada PDRM semuga sentiasa dalam kebajikkan redha dan barkoh Allah.
Sofri Mohd Juni: Tahniah Tuan Ocpd Polis Petaling Jaya kerana dapat membantu warga yg susah ini. Memang sukar untuk membuat pertimbangan di antara undang undang dan manusia bernyawa. Syabas tuan.
Faizal: Terima kasih banyak tuan atas keperihatinan tuan terhadap ibu tersebut…mudah mudahan Allah membalas atas murninya hati tuan…satu contoh yang sangat patut dicontohi oleh umat lain nya…sekali lagi terima kasih banyak tuan…
Hajjah Tina: Alhamdulillah. Sejuk perut ibu mengandungkan tuan ACP Nik Ezanee. Seorang yang Pemurah. Prihatin, Bertanggungjawab. Kami dari negeri di bawah bayu mengiringi doa semoga tuan di murahkan rezeki dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT walau di mana saja berada. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.
En Osman: Alhamduillah..Rakyat Malaysia amat bertuah dikurnaikan ramai Insan insan yang terpilih kemuliaan hatinya oleh Allah swt. Syabas..Tuan Nik Ezanee
Maya Zubir: Siapa pernah susah dia faham . Semoga Tuan ezanee dan semua pegawai yg terlibat dimurahkan rezeki , dipermudahkan urusan . Dan kepada puan yg dalam kesusahan semoga Allah bukakan rezeki yg luas untuk mudahkan bantuan disalurkan pada keluarga puan Aaminn.
Berikut adalah antara beberapa lagi komen rakyat Malaysia yang tersentuh hati melihat tindakan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya melalui video yang tular;