Tenom Sebagai Pusat Sukan Ekstrem Sabah – Bung

Tenom Sebagai Pusat Sukan Ekstrem Sabah – Bung

0
SHARE
Antara aksi peserta yang menyertai kejohanan motorcross tersebut...

TENOM, SABAH – Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Motar Radin yakin lebih banyak penganjuran aktiviti sukan ekstrem seperti kejohanan motocross mampu menaikkan nama Sabah khususnya di daerah Tenom sebagai destinasi pelancongan popular di negeri ini.

“Sukan lasak seperti motocross walau agak ekstrem, namun sukan ini turut menjadi pilihan anak muda untuk aktiviti riadah disamping menonjolkan bakat mereka dalam sukan ini,” katanya ketika berucap melancarkan kejohanan Motorcross Dun Race Kelab Motocross Tenom di Litar Melalap pada Ahad.

Hadir sama Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Arifin, Pembantu Menteri Pembangunan Industri Tamin Zainal, Penaung Kelab Motorcross Tenom Jamawi Jaafar dan bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan.

Bung diringi oleh Jamawi menaikan bendera sebagai simbol pelepasan perserta yang menyertai kejohanan tersebut…

Bung yang juga Menteri Kerja raya yakin daerah Tenom berpotensi menjadi lokasi utama sukan ekstrem di Sabah sekiranya mendapat sokongan penuh pihak yang berkaitan.

“Saya kagum dengan kesungguhan Kelab Motorcross Tenom – Kemabong yang berusaha menwujudkan litar sementara ini walaupun terpaksa menyewa. Ini mencermin kesungguhan serta minat anak-anak muda khususnya di daerah ini terhadap sukan lasak yang begitu tinggi,” katanya.

Menurut Bung, sekiranya litar itu ditambah baik dan dinaiktaraf pasti ianya dapat menaikkan lagi nama Tenom sebagai destinasi kejohanan motocross pada skala besar.

“Ini kerana, anak-anak muda sekarang lebih terjerumus kepada aktiviti lumba haram. Justeru, dengan adanya kejohanan seperti ini akan memberi merka peluang mencuba sukan ekstrem permotoran,” tambahnya…

Dalam masa yang sama Kementerian Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk meningkatkan fasiliti di litar tersebut khususnya untuk penganjuran Tenom Open Merdeka Race yang dijadualkan akan diadakan pada bulan Ogos depan.

Sementara itu Penaung Kelab Motocross Tenom, Jamawi Jaafar berharap kerajaan akan dapat membantu menyediakan satu litar khusus untuk meningkatkan lagi prestasi litar motocross di negeri ini khusunya di daerah Tenom.

Beliau yakin sekiranya dapat disediakan satu litar khusus dan ditambah baik kemudahanya, ianya dapat menaikkan lagi nama Sabah sebagai destinasi kejohanan motocross pada skala besar.

“Platform yang dibina ini sememangnya khas buat anak-anak muda dan peminat motocross untuk merasai keseronokkan melakukan aktiviti sukan ekstrem yang dapat melahirkan bintang yang mengharumkan nama negara pada satu hari nanti,” katanya

 

Bung diringi oleh Jamawi menaikan bendera sebagai simbol pelepasan perserta yang menyertai kejohanan tersebut.

 

Antara aksi peserta yang menyertai kejohanan motocross tersebut.

 

Bung sambil diperhatikan Jafry, Jamawi menerima cendera kenangan dari penganjur selepas merasmikan kejohanan tersebut.

 

Bung, Jafry diringi oleh Jamawi beramah mesra bersama peserta yang menyertai kejohanan tersebut