TERIMA KASIH KJ, PERALATAN OKSIGEN DAN UBATAN TIBA DI SABAH

TERIMA KASIH KJ, PERALATAN OKSIGEN DAN UBATAN TIBA DI SABAH

0
SHARE
Bekalan perubatan dan peralatan tambahan di hantar ke Sabah menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)...

KOTA KINABALU, SABAH – Bekalan dan peralatan perubatan bagi menangani situasi wabak COVID-19 di Sabah tiba hari ini (7 Sept) seperti yang dijanjikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Sejumlah 480 silinder oksigen dan regulator, 48 unit pemekat oksigen serta beberapa kotak berisi ubat COVID-19 dibawa menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Beliau turut menghantar satu ciapan pada media sosial Twitter miliknya untuk memaklumkan perkembangan itu dan menzahirkan ucapan terima kasih.

Tangkap layar (screenshot) pada media sosial Twitter milik Khairy Jamaluddin…

“Terima kasih TUDM kerana menyediakan pengangkutan bagi menghantar bekalan perubatan dan peralatan untuk kegunaan Kerajaan Sabah serta rakyatnya,” katanya.

Khairy pada hari ini juga mengunjungi Pulau Larapan di Semporna dalam lawatan rasminya ke Sabah bagi memperkukuh Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Katanya Semporna akan menerima sebanyak 19,000 dos vaksin dos tunggal CanSino khusus kepada kawasan pedalaman kerana kemudahan memakinya tanpa perlu dilarut.

Lawatan kerja Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin ke Pulau Larapan Semporna, Sabah hari ini (7 Sept) sempena Program ‘Outreach’ Pemberian Vaksin COVID-19 kepada penduduk…(Sumber Foto: Jabatan Penerangan Malaysia)

“Kesedaran masyarakat tempatan agak tinggi bukan sahaja dari Larapan tapi juga Bum-Bum yang datang di atas makluman ketua kampung…

“Mereka sedar vaksin ini adalah untuk COVID-19…dengan ada vaksin mereka rasa keluarga selamat dan boleh berniaga.

“Kerajaan akan terus memberi vaksin kepada semua penduduk tanpa mengira kewarganegaraan. Sabah akan mendapat prioriti dalam pengedaran vaksin CanSino,” katanya kepada media.