Tiada Perbincangan Politik Hari Ini, Fokus Kepada Enakmen Sumber Tenaga Esok –...

Tiada Perbincangan Politik Hari Ini, Fokus Kepada Enakmen Sumber Tenaga Esok – Masidi

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sidang khas Dewan Undangan Negeri esok (Selasa) hanya akan menumpu kepada dua enakmen berhubung penghasilan sumber tenaga negara dan penurunan kuasanya selaras dengan MA63, kata Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau ditemui pemberita semasa pertemuan dengan semua Adun di bawah kem Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini pada Isnin.

“Kami memutuskan hari ini adalah hari cuti kami daripada politik. Tugas seorang ahli politik bukan sekadar berpolitik tetapi pertama sekali bertanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Kami hanya membincangkan penyelarasan mengenai siapa yang akan berucap esok. Saya juga memakai pakaian pejabat sebagai tanda perkhidmatan saya,” katanya.

Beliau dalam pada itu menolak dakwaan mengenai rombakan kabinet.

“Kami pasti akan mengumumkannya apabila tiba masanya. Sekarang pukul 4 petang, dan persidangan pukul 10 pagi esok,” tambahnya.

Masidi memperincikan enakmen untuk penyerahan operasi pengurusan daripada PETRONAS bagi pengeluaran gas asli di Sabah dan penubuhan Suruhanjaya Tenaga Negeri yang akan menjadi pihak berkuasa.

“Esok (10 Jan) kita akan melihat hasil rundingan antara Persekutuan dan Negeri yang telah memperkasakan kerajaan negeri.

“Kami berharap semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang hadir agar lebih matang dan melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dalam menyokong usaha meningkatkan kuasa autonomi untuk Sabah,” katanya.

“Pertemuan yang bermula kira-kira pukul 2 petang tadi merupakan hari kedua selepas cubaan Umno dan Warisan dalam menggulingkan Kerajaan Negeri gagal buat kedua kali sejak Khamis lalu.n kepada mereka (rakyat),” kata Masidi lagi.