KOTA KINABALU, SABAH – Tiga kenderaan dihempap pokok yang jatuh sekaligus mengakibatkan kesesakan lalu lintas dekat Wisma Wanita di Likas petang kelmarin.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah mengenal pasti jenis kenderaan terlibat dalam insiden 5.50 petang sebagai Perodua Myvi,Perodua Bezza dan Van Nissan Urvan.
Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu bertindak memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang menggunkaan gergaji ke tempat selamat…
“Tiada mangsa tersepit dilaporkan terlibat,” katanya sambil menambah operasi tamat pada jam 6.22 petang.





