KOTA KINABALU, SABAH – Enam rumah atas air di Jalan Tanjung Aru Lama di Sembulan musnah dalam kebakaran pada tengah hari Rabu.
Laporan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, anggota bomba sukarelawan Komuniti Tanjung Aru telah bertindak merobohkan sehingga 80 peratus sebuah rumah bersebelahan untuk menghalangkan api dari merebak.
Lebih 60 anggota dan pegawai dari empat balai sejauh Tuaran dikerahkan susulan panggilan kecemasan 12.16 tengah hari itu diterima.
Jurucakap itu ketiga-tiga pegawai operasi terlibat melaporkan tiada kemalangan jiwa.
“Operasi pemadaman melibatkan enam pancutan bersumberkan pili bomba dan enjin.
“Keadaan dikawal pada jam 1.18 tengah hari dan operasi ditamatkan pada jam 3.22 petang,” kata seorang jurucakap dalam kenyataan media.