TIGA KOMPONEN BN DIKHIANATI MAHU ZAHID UNDUR DIRI, TINDAKAN TATATERTIB MENUNGGU

TIGA KOMPONEN BN DIKHIANATI MAHU ZAHID UNDUR DIRI, TINDAKAN TATATERTIB MENUNGGU

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Tindakan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam mengkhianati keputusan Majlis Tertinggi (MT) sekaligus menderhaka YDP Agong dengan akuan bersumpah (SD) PALSU mengakibatkan beliau hilang sokongan dari tiga parti komponen.

Parti tersebut adalah MCA, MIC dan PBRS yang masing-masing meyuarakan minoriti Cina, India dan Kadazan Dusun Murut Rungus (di Sabah).

Menurut satu kenyataan bersama sebentar tadi, 10 Ahli Parlimen menarik balik 10 SD menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10 susulan mesyuarat MT pada pagi Selasa.

Namun, dakwa mereka, Zahid meneruskan menghantar surat kepada Istana pada tengahari setelah baru sahaja mesyuarat MT dilangsungkan pada sebelah pagi.

“Surat yang dihantar telah menyatakan sokongan 30 Ahll Parlimen BN menyokong Anwar lbrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10…

“Ini jelas telah mengkhianati parti BN dan pada masa yang sama telah menyembah maklum keputusan BN yang salah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dianggap sebagai satu perbuatan menderhaka kepada Raja,” kata mereka.

Ketiga komponen itu mendesak Zahid untuk berundur diri secara terhormat serta-merta sementara masih sempat dan jawatan Pengerusi BN digantikan oleh Timbalan Pengerusi iaitu Dato Seri
Utama Mohamad Hasan (Tok Mat).

Dato Seri Utama Mohamad Hasan (Tok Mat)…

“Perkara ini telah diusulkan oleh Presiden MIC dalam mesyuarat semalam tetapi perjalanan mesyuarat terganggu apabila Zahid membenarkan ahli-ahli Parlimen BN memasuki bilik mesyuarat walaupun mesyuarat Dewan Tertinggi BN masih belum selesai…

“Kami akan memanggil mesyuarat Majlis Tertinggi BN untuk mengambil tindakan Tatatertib sekiranya Pengerusi BN enggan berundur secara terhormat pada hari ini,” tambah mereka.