Tindakan Pantas KM Ringankan Beban Penduduk Tanjung Aru Bina Semula Rumah

Tindakan Pantas KM Ringankan Beban Penduduk Tanjung Aru Bina Semula Rumah

0
SHARE

KOTA KINABALU: Kediaman penduduk di Tanjung Aru yang rosak akibat hujan lebat dan ribut berterusan menerima bantuan bahan binaan seperti atap, plywood, papan dan beruti melalui inisiatif Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Tanjung Aru yang diketuai Dr. Ritchie Jay Cheng.

Bantuan tersebut disalurkan melalui Jabatan Ketua Menteri hasil tindakan segera bagi meringankan beban penduduk serta menjaga kebajikan mereka.

Menurut Dr. Ritchie, pengagihan pada Rabu bukan sahaja memberi kelegaan kepada penduduk terjejas, malah mencerminkan komitmen Kerajaan Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang sentiasa mengutamakan rakyat.

“Inisiatif ini menunjukkan politik yang mendahulukan kebajikan rakyat, sentiasa dekat dengan masyarakat dan mengambil berat terhadap keperluan mereka,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri atas keprihatinan dan tindakan pantas menangani isu di peringkat akar umbi.

Dr. Ritchie menambah, program yang melibatkan ahli jawatankuasa serta golongan belia itu juga mengukuhkan semangat kerjasama, perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat, yang penting untuk membina Sabah lebih kuat dan sejahtera.