Tujuh Pelajar Lanjutkan Pengajian Di Syubra

Tujuh Pelajar Lanjutkan Pengajian Di Syubra

0
SHARE
Muis
Malai Ali (empat kanan) merakam gambar kenangan bersama pelajar yang akan berlepas ke Syubra ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menghantar tujuh pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS) ke Syubra.

Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Malai Ali Malai Ahmad berkata, setakat ini sebanyak 17 pelajar di bawah tajaan MUIS sedang mengikuti pengajian di Syubra Mesir dengan bantuan zakat.

“Hari ini kita menghantar tujuh lagi pelajar dari ITQAS terdiri dari tiga perempuan dan selebihnya lelaki melanjutkan pengajian peringkat ijazah di Syubra dalam bidang Tahfiz Quran menjadikan sebanyak 17 pelajar di bawah MUIS kini sedang mengikuti pengajian di sana.

“Kita nasihatkan kepada mereka kongsikan ayat Quran dan berpesan kepada kebenaran, jangan hampakan ibu bapa, guru-guru dan seterusnya umat Islam di Sabah khususnya mereka yang membayar zakat sebab mereka ini ditaja oleh MUIS melalui duit zakat.

“Setakat bulan ini, tidak kurang RM25 juta wang zakat kita keluarkan membantu menaja pelajar-pelajar kita melanjutkan pengajian sama ada di dalam dan juga luar negara,” ujarnya ketika ditemui media sempena keberangkatan pelajar Sabah tajaan MUIS ke Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada Sabtu.

Malau Ali turut menggesa para pelajar tersebut agar merebut peluang mendalami ilmu agama memandangkan Mesir terkenal dengan ilmu keagamaan.

“Tahun ini sahaja, di Mesir campur dengan di negara lain seperti Jordan, tidak Kurang daripada 30 orang tajaan MUIS termasuk tujuh pelajar ini mengikuti pengajian di luar negara,” kata beliau.

Tambahnya, selain menghafaz Al- Quran, beliau berharap golongan pelajar terbabit dapat merebut peluang untuk mendalami ilmu agama. — JABATAN PENERANGAN SABAH