Bakar Durian Sebelum Makan Hasilkan Kenikmatan Yang Lebih Sedap – Patar

Bakar Durian Sebelum Makan Hasilkan Kenikmatan Yang Lebih Sedap – Patar

0
SHARE

MEDAN, INDONESIA – Bakar durian sebelum dimakan untuk menikmati isi durian yang lebih sedap, demikian kaedah terbaharu yang didedahkan seorang penjual durian di Medan, Indonesia.

Memetik kenyataan portal berita Suara.com, Patar Siahaan iaitu seorang penjual durian menemui cara baharu menikmati raja buah tersebut kira-kira setahun lalu ketika pulang daripada melawat rakannya di Pulau Jawa.

“Rasa isi durian lebih sedap apabila dibakar malah ada yang memberitahu, durian bakar mampu kurangkan kandungan kolesterol serta gula dalam buah…

“Saya akan membakar durian yang belum dikupas di atas api selama 10 minit sebelum isinya dikeluarkan dan diberi kepada pelanggan,” jelasnya

Patar Siahaan membakar durian pesanan pelanggan di warungnya Indo Durian 2, di Jalan Bromo Ujung, Medan…(Sumber Foto: Tribun News)

Tambah Patar, isi durian yang dibakar sebelum di makan juga tidak akan meninggalkan bau yang kuat di dalam mulut pemakan.

Ditanya mengenai harga durian bakar yang dijualnya, Patar memaklumkan dia menjual dengan harga sekitar 30,000 rupiah (RM8) hingga 70,000 rupiah (RM20) mengikut saiz buah tersebut.