EVOLUSI VIRUS, COVID-22 BAKAL MUNCUL MENYERANG DUNIA?

EVOLUSI VIRUS, COVID-22 BAKAL MUNCUL MENYERANG DUNIA?

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Penularan wabak COVID-19 sejak dari awal kemunculannya sehingga kini belum menampakkan lagi sebarang tanda-tanda akan berhenti untuk menjangkiti manusia di dunia ini.

Belum pulih sepenuhnya pesakit dijangkiti COVID-19 yang biasa, satu demi satu yang berkembang dan bermutasi ditemui dengan pelbagai gejala berbahaya menjadikan usaha memutuskan rantaian jangkitan semakin sukar.

Ramai yang beranggapan varian Delta yang kini menular mudah berjangkit dan mengakibatkan gejala serius sehingga membawa maut adalah yang paling teruk.

Namun, ada lagi yang lebih menggerunkan dijangka muncul susulan daripada evolusi virus COVID-19.

Menurut laporan Insider Paper, Pakar Imunologi Switzerland dari Institut Teknologi Persekutuan ETH Zurich, Prof Dr Sai Reddy menjangkakan varian terbaru yang dinamakan sebagai COVID-22 bakal menyerang dunia.

Laporan Insider Paper melaporkan kemungkinan kemunculan COVID-22…

Prof Reddy baru-baru ini dalam satu laporannya memberitahu akhbar Jerman, Blick bahawa varian Delta yang dijuluki nama sebagai COVID-21 adalah varian yang paling mudah menular.

Beliau berkata dua Varian Yang Membimbangkan (VOC) iaitu Beta yang ditemui di Afrika Selatan dan dan Gamma dari Brazil yang telah bermutasi memungkinkan ia membolosi antibodi pada tahap tertentu.

Sebaliknya, Delta pula jauh lebih mudah menular tetapi belum mengalami mutasi seperti itu.

“Jika Beta atau Gamma menjadi lebih menular atau jika Delta mengalami mutasi, maka kita dapat berbicara tentang fasa baru wabak ini…

“Ini akan menjadi masalah besar pada tahun mendatang. Covid-22 boleh menjadi lebih teruk daripada yang kita alami sekarang,” kata Reddy.

Prof Reddy turut menyatakan bahawa penemuan saintifik baru-baru ini menunjukkan bahawa ‘viral load varian Delta’ sangat tinggi sehingga sesiapa yang dijangkiti dan tidak divaksinasi dapat menjadi ‘super spreader’.

Bermaksud dalam kata lain, kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas berpotensi menjadi pembawa wabak itu.

Sementara itu, beliau mendakwa dalam usaha untuk meningkatkan antibodi, mendapatkan suntikan dos ketiga antara yang dicadangkan.

Walau bagaimanapun, masih belum terdapat kes jangkitan varian COVID-22 direkodkan setakat ini.