KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Majlis Tahlil, Doa Kesyukuran dan Solat Hajat sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah Peringkat Negeri Tahun 2026 di Masjid Negeri Sabah, di sini, pada Jumaat.
Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda kesyukuran selain memohon keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran berterusan untuk rakyat serta negeri Sabah sempena sambutan berkenaan.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Arifin Arif; Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yasin, tahlil dan doa selamat sebelum diteruskan dengan azan dan solat Jumaat.
Jemaah kemudiannya menunaikan solat hajat bagi memohon keberkatan, kesejahteraan dan perlindungan untuk rakyat serta negeri Sabah.






