Ulama Tersohor Islam Al Qaradawi Meninggal Dunia Pada Usia 96 tahun

Ulama Tersohor Islam Al Qaradawi Meninggal Dunia Pada Usia 96 tahun

0
SHARE
Cendekiawan Islam dan Presiden Pengasas Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) Sheikh Yusuf Al Qaradawi meninggal dunia pada 26 September 2022...

DUBAI – Ulama tersohor, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, meninggal dunia pada usia 96 tahun, menurut Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (IUMS).

IUMS mengeluarkan kenyataan dukacita itu pada akaun rasmi Twitter pihaknya selepas pengumuman diciap pada Twitter ulama itu

“Dunia Islam kehilangan seorang ulama dan guru yang jujur, alim, dihormati lagi disegani,” kata IUMS, yang juga persatuan diasaskan oleh Al-Qaradawi, menerusi Twitter.

Al-Qaradawi dilahirkan pada tahun 1926 di perkampungan Saft Turab di Kegubernuran Al Gharbia Republik Arab Mesir, Al Qaradawi membaca dan menghafal seluruh al-Quran pada usia 10 tahun.

Beliau banyak menghabiskan sebahagian besar hidupnya di Qatar, di mana beliau menetap sehingga akhir hayatnya.

Selepas beliau menamatkan Institut Pengajian Agama, beliau menyertai Fakulti Asas Agama dan Dakwah Universiti Al Azhar di Kaherah, di mana beliau menamatkan pengajian pada 1952-53.

Pada tahun 1954, beliau memperoleh diploma dalam bidang perguruan dari Fakulti Bahasa Arab Universiti Al Azhar. Beliau mendaftar dalam program siswazah di Jabatan Sains Al-Quran dan Sunnah Fakulti Asas Agama dan Dakwah di mana beliau menamatkan pengajian dengan ijazah sarjana pada tahun 1960.

Beliau telah dianugerahkan ijazah PhD dengan merit pertama pada tahun 1973 dari kolej yang sama dengan tesis bertajuk ‘Zakat dan kesannya terhadap penyelesaian masalah sosial’.

Allahyarham mempunyai rancangan bual bicara popular di rangkaian Al-Jazeera Qatar, yang dianggarkan ditonton oleh 40 hingga 60 juta penonton di seluruh dunia.