UMNO PECAT KJ DAN NOH OMAR, KEAHLIAN HISHAMMUDDIN DAN SHAHRIL DIGANTUNG

UMNO PECAT KJ DAN NOH OMAR, KEAHLIAN HISHAMMUDDIN DAN SHAHRIL DIGANTUNG

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri kesihatan Malaysia yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Noh Omar dipecat keahlian masing-masing dari UMNO, malam tadi.

Manakala, bekas naib presiden parti, Datuk Seri Hishammuddin dan bekas ketua penerangan UMNO Shahril Hamdan digantung keahlian selama ENAM (6) tahun, kata Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan selepas mesyuarat majlis tertinggi di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Menurut sumber, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malam tadi.

Turut digantung keahlian selama enam tahun, Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang ditemui media enggan berkongsi senarai pemimpin yang dipecat atau digantung, sebaliknya menyatakan keputusan yang dibuat MKT malam ini terpaksa dilakukan walaupun pahit.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin…

Beliau juga menjelaskan, semua tindakan disiplin yang dikenakan juga sudah mengikut saranan Lembaga Disiplin UMNO.