KOTA KINABALU, SABAH – Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa calon yang layak dalam bidang berkaitan mengisi jawatan pemegang Kursi Pengurusan Kelestarian Kelapa Sawit Felda Global Venture (FGV) dan Kursi Kadazan-Dusun.
Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang dipetik Bernama berkata kedua-dua kursi itu memerlukan individu berpengetahuan dan berpengalaman terutama dalam bidang penyelidikan, pengurusan dan pentadbiran, hal ehwal pelajar, promosi dan pemasaran serta kerjasama antarabangsa.
“Calon mesti mempunyai pengetahuan dan pengalaman berkaitan pengurusan, polisi dan hala tuju pendidikan Malaysia serta berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam bahasa Inggeris…
“Antara tugas utama ialah menjalankan penyelidikan dalam bidang yang berkaitan dengan pemegang kursi dan pengumpulan sumber penyelidikan dalam bidang yang diutamakan di fakulti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemegang kursi juga harus bertanggungjawab menyelia calon pelajar pascasiswazah, mendapatkan dana atau geran penyelidikan secara bersendirian atau bersama fakulti, dan hasil penyelidikan kemudian dibentang pada seminar serta diterbitkan dalam jurnal.
“Selain daripada kebenaran menggunakan gelaran profesor, pemegang kursi juga akan menerima gaji termasuk elaun dan manfaat lain sepanjang tempoh perkhidmatan mengikut skim gaji profesor atau kadar gaji tertentu yang ditetapkan oleh Lembaga (Pengarah UMS),” katanya.
Berhad, bertujuan menyediakan kepimpinan penyelidikan yang menyerlah serta inovasi.
Kursi Kadazan-Dusun pula ditubuhkan bagi mendapatkan perkhidmatan kepakaran daripada profesor atau orang perseorangan ternama dalam bidang pengajian etnogra, khususnya yang berkaitan dengan hal ehwal masyarakat Kadazandusun di Sabah.
UMS mengalu-alukan permohonan daripada individu yang berkelayakan dan calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan kepada universiti sebelum tarikh tutup pada 30 April ini.