Vaksin COVID-19 Tiba Di Sabah Khamis Ini – Ketua Menteri

Vaksin COVID-19 Tiba Di Sabah Khamis Ini – Ketua Menteri

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Noor memaklumkan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech dijadualkan tiba di negeri ini pada Khamis (25 Feb).

Menurutnya, beliau sendiri akan menyambut ketibaan bekalan vaksin itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini.

“Ketibaan kumpulan pertama bekalan vaksin COVID-19 jenis Pzer-BioNTech di Malaysia amat dialu-alukan sebagai tanda yang amat penting dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19…

Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor…

“Diharap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini akan dapat dilaksanakan dengan teratur bagi memastikan kejayaannya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Malaysia telah menerima 312,390 dos kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pzer-BioNTech semalam.