VIDEO TULAR PELAJAR TERPAKSA BELAJAR DI BELAKANG BONET KERETA AKIBAT MASALAH TALIAN...

VIDEO TULAR PELAJAR TERPAKSA BELAJAR DI BELAKANG BONET KERETA AKIBAT MASALAH TALIAN INTERNET

0
SHARE

SABAH – Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semester akhir yang berasal dari Telupid Sabah, sanggup meredah bukit yang tinggi bagi mendapatkan talian internet untuk mengikuti kelas ‘online’.

Difahamkan pelajar yang bernama Nisa, terpaksa berbuat begitu kerana pencawang yang menggabungkan talian telco di kawasan dearahnya dilaporkan telah terbakar.

Kesusahan pelajar tersebut turut tular melalui beberapa rakaman video di aplikasi TikToknya dan telah mengundang simpati para netizen.

Nisa merakamkan beberapa video yang menunjukkan perjalanan beliau mengikuti sesi pembelajaran online termasuklah terpaksa belajar di belakang bonet kereta, di mana beliau terpaksa memandu jauh dari rumahnya untuk mencari talian yang stabil.

Dalam salah satu rakaman videonya, beliau berkata ketiadaan internet dan talian telefon di kawasanya telah menyebabkan banyak kawasan yang terjejas.

 

“Kami dimaklumkan, kerja-kerja baik pulih akan memakan masa dua hingga tiga bulan memandangkan kebakaran pencawang tersebut amat parah dan bahan pembinaannya perlu didapatkan di Semenanjung,” katanya.

Sementara itu para netizen juga memberi kata-kata semangat di ruangan komen video akaun TikTok Nisa, “Semoga okie sister! Semoga dipermudahkan segala urusan!”

“Saya dapat rasakan apa yang sis Rasa. Sebab pernah sampai stay tepi jalan cari pencawang (internet) untuk masuk kelas,” kata salah satu netizen lagi.