‘Vin Diesel’ Mesir Jual Kunafa Sempena Ramadan, Jadi Kegilaan Gadis

‘Vin Diesel’ Mesir Jual Kunafa Sempena Ramadan, Jadi Kegilaan Gadis

0
SHARE
Van diesel
Mohamed Ahmed (kiri) dan pelanduk serupanya Vin Diesel (kanan)

JOHOR BHARU – Seorang peniaga yang seiras Vin Diesel, pelakon terkenal filem The Fast and Furious sedang menarik orang ramai ke Bazar Ramadan di Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda di sini.

Cara dia berjalan, dengan kepala botak dan tubuh yang tegap sambil membawa dagangan juadah makanan Timur Tengah, kunafa, Mohamed Ahmed Mahmoud Shokr, 39, boleh disalah anggap sebagai Dominic Toretto.

Menurut laporan Bernama, lelaki Mesir yang merupakan bapa tunggal itu sudah setahun berada di Malaysia dan Ramadan kali ini merupakan pengalaman pertamanya menyertai bazar itu.

“Saya menonton semua filem aksi The Fast and Furious dan sangat mengagumi bakat pelakon Amerika itu, saya tidak sangka orang melihat persamaan antara saya dan pelakon itu, sehingga wajah saya menjadi viral di media sosial.

“Saya bersyukur dan gembira kerana penampilan saya membantu mempromosikan perniagaan saya juga.

“Orang ramai yang datang melihat saya turut membeli kunafa saya, membolehkan saya membuat jualan kunafa bernilai RM400 hingga RM600 setiap hari,” katanya.

Mohamed Ahmed, yang bekerja sebagai jurulatih kickboxing, berkata kebanyakan pelanggan yang datang ke gerainya adalah wanita dan mereka turut meminta untuk berswafoto dengannya.