SAGA X: Faiq Jaguh Keseluruhan Cross-Contry Eliminator

SAGA X: Faiq Jaguh Keseluruhan Cross-Contry Eliminator

0
SHARE
Saga x
Faiq (tengah) diapit bersama teman perlumbaan Oneal (kanan) dan Aiman (kiri) dalam acara Cross Country Eliminator ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

PENAMPANG, SABAH – Atlet Nabawan, Muhammad Faiq Matjini jaguh keseluruhan bagi acara Cross-Country Eliminator Lelaki Sukan Sabah Ke-10 (SAGA X) 2023.

Faiq memenangi acara itu dengan catatan masa 0:04:42 saat mengatasi pelumba Kota Marudu, Aaron Oneal Cliff Shen yang mencatat kepantasan 0:04:48 saat manakala, seorang lagi pelumba Beaufort, Muhammad Aiman Zakwan Zuraidi yang mencatat masa 0:04:53 saat meraih pingat gangsa.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Datuk Ewon Benedict dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mansur Asun. — JABATAN PENERANGAN SABAH