Kereta Bezza “Mangsa” Terbaharu Pokok Tumbang Kota Kinabalu

Kereta Bezza “Mangsa” Terbaharu Pokok Tumbang Kota Kinabalu

0
SHARE
Bezza
Bumbung Perodua Bezza yang diletakkan di Sinsuran kemek akibat dahan pokok tumbang pada Selasa ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Sebuah kerets Perodua Bezza menjadi “mangsa” terbaharu pokok tumbang di bandar ini pada Selasa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian di Sinsuran pada 12.34 tengah hari.

Sepasukan tujuh orang dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu menggunakan gergaji untuk memotong dan mengalihkan dahan yang tumbang.

Pusat Operasi FRD Sabah berkata kenderaan terbabit mengalami kerosakan pada bahagian bumbung.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi diakhiri pada 12.59 tengah hari,” kata jurucakap agensi.

Selasa lalu (28 Mei), Dewan Bandaraya (DBKK) berkata 18,756 pokok matang dalam bandar itu sentiasa dipantau.

“Pokok yang mempunyai dahan yang lemah akan dipotong dan pokok yang dianggap terlalu tua atau mendatangkan bahaya akan ditebang,” kata Mayor DBKK, Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

Bagaimanapun, pada hari yang sama, cermin hadapan sebuah kereta Toyota Avanza yang diletakkan berhampiran Hotel Tang Dynasty Park di Sembulan telah dihempap.

Dan pada hari Ahad, bahagian hadapan sebuah lagi Perodua Bezza di Taman Orkid turut kemek.