Bomba Pindahkan 12 Mangsa Banjir Tuaran

Bomba Pindahkan 12 Mangsa Banjir Tuaran

0
SHARE
Bomba
Bomba memindahkan seramai 12 penduduk Kampung Perumahaan Tanjung, Jalan Istana Ayam Tua, Tuaran ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

TUARAN, SABAH – Seramai 12 penduduk Kampung Perumahaan Tanjung, Jalan Istana Ayam Tua, selamat dipindakan ke rumah saudara mereka dengan bantuan pihak bomba.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden melalui talian MERS 999 pada pukul 9.44 malam semalam.

Jentera Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran tiba ke lokasi berjarak dua kilometer daripada balai pada pukul 9.50 malam.

Tindakan sepasukan 11 anggota bomba memindahkan 12 orang mangsa terlibat ke rumah saudara terdekat seterusnya menjalankan pemantauan di kawasan sekitar.