SESB Seru Orang Ramai Jadi Mata Dan Telinga Banteras Kegiatan Mencuri Kabel

SESB Seru Orang Ramai Jadi Mata Dan Telinga Banteras Kegiatan Mencuri Kabel

0
SHARE
Sesb
Ketua Pegawai Eksekutif SeSB Mohd Yaakob Jaafar ( Sumber Foto: Ihsan SESB )

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyeru orang awam menjadi “mata dan telinga” dalam menyalurkan maklumat bagi membanteras kegiatan mencuri kabel tembaga milik SESB, yang semakin berleluasa.

Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Yaakob  Jaafar berkata, usaha menangani jenayah ini tidak dapat dilakukan tanpa bantuan daripada pelbagai pihak termasuk masyarakat umum.

“Setiap maklumat yang diberikan akan dapat membantu mempercepatkan tindak balas pihak SESB seterusnya meminimumkan kesulitan yang akan dihadapi oleh orang ramai ekoran kesan kepada jenayah ini.

“Sikap tidak bertanggungjawAb seperti ini juga boleh mengundangkan maut kepada si pelaku kerana terdedah dengan renjatan elektrik.

“Kami berharap agar kerjasama dan komitmen ini akan terus berlanjutan bagi memastikan keselamatan kabel terjaga seterusnya mengurangkan kadar jenayah itu,” katanya.  dalam satu kenyataan media

Beliau berkata beberapa kawasan di Kota Kinabalu telah mengalami gangguan bekalan barubaru ini berpunca daripada kegiatan mencuri kabel milik SESB.

“Kami mahu memberikan perkhidmatan bekalan elektrik terbaik kepada semua rakyat, namun, sekiranya aktiviti jenayah ini masih lagi berleluasa, ia mungkin akan membantutkan usaha ini.

“Apabila kabel SESB di kawasan tertentu dicuri atau dimusnahkan, masyarakat setempat tidak dapat menikmati bekalan elektrik dan ini pastinya menjejaskan rutin harian mereka dan membawa kepada implikasi lain selain boleh menjejaskan aktiviti perniagaan dan ekonomi,” katanya.

Wayar
Penebat wayar milik SESB yang telah ditoreh oleh pencuri tembaga ( Sumber Foto: Ihsan SESB )

Dalam pada itu, Mohd Yaakob berkata SESB akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan pelaku dan dalang dapat dibawa ke muka pengadilan selain melaksanakan beberapa inisiatif bersama dengan PDRM agar kejadian seumpama ini dapat dibendung.

Beliau menjelaskan bahawa kesan daripada insiden curi kabel itu telah menyebabkan ketidakstabilan bekalan ke beberapa lokasi di sekitar bandaraya Kota Kinabalu dan SESB harus menggunakan kaedah interim dengan menyalurkan bekalan melalui punca bekalan alternatif.

Ini termasuk meletakkan janakuasa bergerak di lokasi-lokasi strategik untuk memastikan pembekalan elektrik dibekalkan secara berterusan kepada pengguna yang terjejas.