CIS Sumbang Kuih Raya Kepada Pasukan Keselamatan Dan Petugas Kesihatan

CIS Sumbang Kuih Raya Kepada Pasukan Keselamatan Dan Petugas Kesihatan

0
SHARE
Cement
Japlin menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Hajiji ( Sumber Foto: Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd )

KOTA KINABALU, SABAH – Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd turut sama menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan menyumbang pek bungkusan kuih raya pasukan barisan hadapan.

 Pengerusinya, Datuk Japlin Akim menyerahkan 25 kotak sumbangan kuih hari raya kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor untuk pasukan keselamatan dan petugas kesihatan bernilai RM16, 000 dalam satu majlis penyerahan di Menara Kinabalu pada Khamis.

Hadir sama Pengurus Sumber Manusia, Pentadbiran dan IT Ezrie Ag Raini.