SIPITANG, SABAH – Parti Warisan Sabah telah mengumumkan Datuk Adnan Puteh sebagai calon Ahli Parlimen Sipitang pada pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Presiden parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal berkata, beliau yakin Adnan Putih Sipitang akan menyumbang kerusi parlimen dalam PRU15 nanti.
“Kita umumkan awal calon Warisan pertama di Parlimen Sipitang…
kerana melihat sentimen serta sokongan padu masyarakat Sipitang kepada Warisan sangat baik sekali gus berpotensi menang dalam PRU15.
“Berdasarkan latar belakang beliau serta kemampuan sedia ada calon ini akan menang dalam PRU15 nanti,” katanya.
Jelas beliau, Adnan mempunyai latar belakang bidang peguam terkenal di Sabah sangat dikenali serta berpengaruh khususnya di kawasan Sipitang.
Shafie berkata, meskipun terlalu awal membuat pengumuman ini namun ia tidak akan menganggu perjalanan gerak kerja di peringkat akar umbi.