Kerajaan Pertimbangkan Kelonggaran Pergerakan Buat Individu Lengkap 2 Dos Vaksin COVID-19

Kerajaan Pertimbangkan Kelonggaran Pergerakan Buat Individu Lengkap 2 Dos Vaksin COVID-19

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran pergerakan kepada individu yang telah melengkapkan dua dos vaksinasi COVID-19.

Memetik laporan BH Online, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata langkah itu bagi membolehkan kehidupan rakyat kembali seperti biasa secara berperingkat ketika kerajaan menguruskan pandemik itu.

“Mutakhir sekali saya minta jawatankuasa pengurusan untuk menilai semula bagi mereka yang mendapat dua suntikan vaksin supaya diberi kelonggaran…

“Sama ada dari segi perjalanan atau pun pergi ke kedai dan makan di restoran. Ini petanda untuk menunjukkan sementara kita menguruskan COVID-19, maka kehidupan rakyat sedikit demi sedikit akan kembali seperti masa lepas,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau persiapan program Bakul Prihatin Negara di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pagi ini.