VIRAL PENDAKI JEPUN SELAMBA NAIK GUNUNG KINABALU GUNA SUITE DAN KASUT PEJABAT

VIRAL PENDAKI JEPUN SELAMBA NAIK GUNUNG KINABALU GUNA SUITE DAN KASUT PEJABAT

0
SHARE
Sada Nobutaka San, pendaki dari Jepun berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu dengan hanya berpakaian pejabat...

KUNDASANG, SABAH – Seorang warganegara Jepun, Sada Nobutaka, mendaki Gunung Kinabalu pada Rabu baru-baru ini dengan mengenakan pakaian suit pejabat lengkap dengan kasut kulit seperti dia akan pergi ke mesyuarat di atas puncak.

Dalam klip video yang tular di laman TikTok hari ini, percubaan menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara seolah-olah sesuatu yang remeh baginya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Made in Japan, tahan memang,” kata seorang netizen pada ruangan komen klip berkenaan yang telah dimuat naik ke Facebook.

“Banding dengan jepun, sebenarnya Gunung Kinabalu bukan sejuk pun,” kata seorang lagi.

“Gunung Fuji (di Jepun) baru 3776M , rendah sikit dari Kinabalu, tapi sana ada salji, kalau kinabalu setakat bawah 10°c macam tiada saja bagi dia,” kata seorang lagi.

Rupa-rupanya, Sada merupakan seorang pencipta kandungan dan pemilik syarikat suit ‘ordersuitSADA’.

Beliau pada “channel” Youtubenya @ordersuitSADA menunjukkan Sada melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti menyelam, bermain ski, dan meluncur air sambil memakai suit.