KENINGAU, SABAH – Seorang wanita mengandung selamat selepas terjun ke dalam sungai dari jambatan Kampung Ansip tadi dalam percubaan membunuh diri.
Kejadian 8 pagi tadi menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, turut melibatkan penduduk kampung bagi mencari mangsa berumur 45 tahun itu.
“Pencarian dilakukan di kawasan persisiran sungai dan mangsa telah ditemui oleh orang awam…
“Lokasi terletak kira-kira 1.2km dari lokasi mangsa dilaporkan terjun.
“Beliau dilaporkan dalam keadaan selamat dan seterusnya diberi rawatan awal unit EMRS Bomba dilokasi,” katanya.
Wanita itu kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan susulan.
Operasi ditamatkan pada jam 10 pagi.





