Pasangan Hilang, Suami Tinggalkan Isteri Kini Dicari Polis

Pasangan Hilang, Suami Tinggalkan Isteri Kini Dicari Polis

0
SHARE

KOTA BELUD, SABAH – Seorang isteri berusia 50 tahun ditinggalkan suaminya di pekan sini selepas mereka berdua dilaporkan hilang semalam.

Kes tersebut kini dalam siasatan Polis bagi mencari lelaki berusia 58 tahun terbabit yang dipercayai bergerak menggunakan sebuah kenderaan jenis Perodua MyVi berwarna hitam.

Selepas 24 jam hilang, anak kandung pasangan itu telah memohon pertolongan maklumat daripada orang ramai melalui satu hantaran (posting) pada laman media sosial Facebook sejak semalam dan mengikut tinjauan Sabah News, hantaran berkenaan telah dipadamkan tengahari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, PKPgB Mohd Qawie Gapar berkata pasangan itu memang berasal dari Kota Belud dan dikatakan telah menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Penimbawan, Tuaran pada Sabtu.

“Anak kandung mangsa menemui ibunya sendiri di kawasan pekan kira-kira pukul 8 pagi tadi…

“Manakala, bapa mereka belum ditemui keberadaanya.

“Tiada operasi mencari dan menyelamat dilakukan oleh pasukan Bomba kerana status mengesan mangsa lelaki (Bapa) diserahkan kepada pihak Polis, katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 10.10 pagi.