KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 489 kes baharu positif COVID-19 di rekodkan hari ini.
KKM dalam satu kenyataan hari ini menerusi laman media sosial Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, hanya 74 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini yang mana jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 10,501 kes (75.04%).
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 13,003 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 3,351 kes.
DARIPADA 489 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat dua (2) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 487 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut laporan itu juga, sebanyak 40 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan tiga belas (13) kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Tiadak kes kematian direkodkan hari ini dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 141 kes (1.04%).